Tuesday, March 23, 2010

selamat

ada bahasa apa hendak dikhabar ke langit.
semua yang tidak akan di iya.
selamat kembali ke bumi,
pari-pari.

:)

Monday, March 22, 2010

aku datang

hadirkan jasad dan jiwa
ke udara dia
dalam segala kabut
hiruk pikuk
semua yang menyerabut

terbangkan segala apa ada
dari daerah ini untuk dia pinjam
sekadar biar dia berteguh
dengan pasak yang masih tersisa

teguhnya hampir roboh
simpankan sedikit saja lagi
sebelum sampai dewi ke depan
sabarkan sebentar

aku datang

Thursday, March 18, 2010

mungkin

mungkin, aku sudah lupa cerita lepas
mungkin, aku sudah buang semua
mungkin, aku sengaja lempar
mungkin, aku tercampak

lantas hilang

mungkin, semua sengaja
aku lupakan
sebaik bangun pagi tadi

Saturday, March 13, 2010

tak bertajuk

dari seluruh langit yang hitam
awan paling berkepul
serunai berdendang merdu
harimau putih menerkam
tak berbelas
kulit tersiat, daging bersepai
seolah dunia paling akhirat

tompokan-tompokan hanyir
mewarna setiap inci ruang
terpaling lah wajah
dari semua kebencian
serabutlah akal dari segala logika

getar nadi tak bersimpan makna
mantik tak tertaakulan
separuh sedar dan tidak
semuanya habis kabur
habis lebur

habis

tidak habis reti apa jadi
tidak habis hadam apa dimakan
tidak habis nyawa air jiwa diperah
tidak habis
selagi belum mati

Wednesday, March 10, 2010

ranjang kejung

matahari mengucap selamat pagi
menghantar cahaya silau ke mata aku
menyedarkan untuk segera bangkit dan berkejar
dengan norma hari-hari

di sebelah ada sebatang tubuh
yang telanjang dan tidur lena
dalam nyenyak nikmat

sepantas kilat akal baru berfungsi
"bodoh, kau memang paling bodoh."

sampai bila?

capaikan sehelai demi helai baju
ku pakai
keluar dan menghempas pintu

dengan harap,
ini paling akhir.

ternyata.
aku menunggu laknat kiamat.

se- (II)

pagi yang tak bernyawa
sekalipun matahari sedang berusaha keras
mencelah dari kepul-kepul awan
kumpulan karbon monoksida berkepuk menyelubung jalan-jalan
deruan ganas jentera-jentera bergerak
semuanya tak seperti semalam, kelmarin

seretan langkah-langkah kaki dipaksakan gagah
mahu yang sudah hampir kosong disuruh penuh

semuanya tak ada erti hari ini
kerana, hari ini aku se-
se-orang yang se-ndiri
dah tidak rasa se-lamat
seperti se-lalu

Tuesday, March 9, 2010

bisa

bisa saja
ambil semua
apa ada
tak terasa


Friday, March 5, 2010

biru.

hari ini merah
dengan semua rasa
amarah yang indah
cinta yang indah
rindu yang indah
alangkan benci pun menjadi indah

tapi akal statik
bibir beku seiring lidah beku

merah pudar
diliput hitam putih
akhirnya biru.

biru, adalah antagonis merahku.

Thursday, March 4, 2010

sebenarnya,

orang tak akan tahu kita
orang tak akan faham kita
untuk apa kita peduli pusing kepala?
untuk apa kita kisahkan bingit mereka?

sedang jatuh aku kamu yang bangunkan,
sedang luka kamu, aku yang ubatkan.
sedang tangis aku di tepi dinding, kamu yang pelukkan.
sedang riuh bingit engkau, aku layankan.

apa ada perlu kita kisahkan orang lagi, sayang?

tak ada yang mengerti
tak ada yang memahami
lirik mata kita, bertukar cerita-cerita pendek yang lucu
tepukan perlahan aku di bahu kamu
cuma kita yang sebenarnya faham.

aku kira, sampai lah tadi.
baru aku terlihat.

sebenarnya,
aku menghiris hati engkau.

snai, i never meant to.

Wednesday, March 3, 2010

dia

dia ada,
sepasang mata cantik yang bersinar bila memandang
seulas bibir coklat kehitaman yang tetap manis,
dengan senyuman segaris,
walaupun dicemar nikotin

dia tidak
pandai menulis bait-bait kata puitis,
tapi dia berbahasa jujur dari hati
tidak reti memujuk rajuk
tidak reti berada dalam nuansa romansa

dia cuma
yang aku pandang paling manis
yang aku rasa paling comel
yang aku terima apa ada

di suatu hari nanti
di ketetapan yang telah tertulis
ketika aku sendiri belum menjenguk dunia

berdasarkan mimpi semalam.
aku cuma nampak dari sisi
:)



Tuesday, March 2, 2010

dari aku untuk engkau.

tulisan aku untuk kau baca
lagu aku untuk kau dengar
bicara aku untuk kau layan
rengek aku untuk kau belai

cinta aku ada untuk engkau.

seperti aku sudah ada untuk engkau.

:)

Monday, March 1, 2010

rindu

rindu yang tak pernah surut
sejak hari itu
semalam menghantar rasa paling bodoh
seorang seperti aku
bukan sesuatu yang kau mahu
sedar dari awal
cuma senang jadi denial
sebab,
kenyataan yang realiti
paling sukar nak diterima hati
tak guna pakai mentaliti