Saturday, May 30, 2009

bintang jatuh

senyum bukan maknanya suka
diam bukan maknanya bodoh

duhai bintang jatuh,
katakan pada bunda,
bila jauh, aku rindukan padanya.

duhai bintang jatuh,
katakan pada ayahanda,
bila dekat, aku gentar pada bahasa matanya.

duhai bintang jatuh,
katakan pada para adinda,
yang paling dekat ini, adalah yang paling jauh.

bintang jatuh,
sampai-sampaikanlah.
pada mereka.
satu waktu nanti.
ketika aku sudah mati.
ketika aku benar tidak bisa dicari lagi.

Wednesday, May 27, 2009

salingan kita

kalau saya puteri, awaklah pari-pari
memang sejak kenal sudah begini

kalau saya susah, awak tolong,
kalau awak susah saya lopong

pinjamkan bahu tak sampai
pinjamkan wang tak perlu
pinjamkan bahagia tak sesuai
pinjamkan apa, tak tahu

tangan yang sama biasa memberi
kerana sebab yang sama, kenal hati sendiri
payahnya bila awak tak berdiri
saya tak mampu berlari

kelak mungkin diizinkan lagi
bertemu empat pasang mata lagi
mahu dipeluk lagi
mahu merangkul lagi

negatif

lesap
hilang
pudar
tiada
luntur

semangat ditiup terbang
oleh angin lintang
bersama sekali dengan tenang
dan sudah tidak duduk senang
dengan tangan bersilang
atau baring menelentang

paksi negatif
sedang terlukis atas graf

Thursday, May 21, 2009

kehidupan, kematian

kalau kematian juga yang mahu menyedarkan
kehidupan akan hilang erti dan maknanya
kerana erti setiap sesuatu akan dijumpai
di antara perjalanan dari sebuah kehidupan kepada kematian.

kalau

kalau hujan, ada yang mahu payungkan?
kalau bahang, ada yang mahu kipaskan?
kalau gelap, ada yang mahu suluhkan?
kalau pahit, ada yang mahu maniskan?
kalau sedih, ada yang mahu gembirakan?

hari-hari kalau ditanyakan tentang kalau,
jawapannya kalau,
jawapankah?

Thursday, May 14, 2009

bunyi gitar






yang dipeluk di kala belum menemukan aku
yang meneman malam-malam di ruang sunyi satu waktu dulu
yang memanah telinga aku
menarik hati untuk melekat kepada engkau

tali-talinya yang dibelai saban waktu
kenyaringan bunyi yang memecah tebal tembok hati aku
yang melodinya menyampai maksud dari engkau kepada aku

bunyi darinya masih bergema dalam ruang kepala
aku menagih dimainkan lagi lagu-lagu dari jemari engkau
yang membelai dia.



di kala tiada kerja,
dan menjelajah ruang internet,
google kan guitar's wallpaper.
memberi aku satu luahan ini.

sedikit, sesuatu

pasangkan sayap yang biar aku berterbangan
melebar ke seluruh angkasa langit
menebar sayap memayung panas dan terik
melindung dari matahari

aku pinta izin memangku engkau di ribaan
mengirim satu rasa senang ke lubuk hati
membiar engkau merasakan aman

ribut yang melanda tadinya
aku harapkan redanya tiba sudah
membawa tenang ke dalam engkau
supaya dimudahkan pekerjaan mu

bermain dengan kata-kata