Monday, December 28, 2009

tiada apa

tubuhnya ada,
jasadnya ada

masih berjisim,
masih bernyawa.

tapi jiwanya mati,
hatinya kontang.

keributan telah mencabut akar tenangnya,

dan dia jadi tiada apa.

Wednesday, December 16, 2009

kotak kenangan

yang kurang semakin kurang
yang tersisa semakin susut
yang ada semakin mahu menghilang

ada pun aku cuma mahu menghalau membuang pergi
cerita semalam semalam

paling tidak pun
menyimpan kemas
dilipat dan diletak di dalam kotak
kemudian tak dibuka
sampai akhir nanti