Thursday, February 23, 2012

cinta

peluk
rangkul
cium aku
di waktu mahu

jeling
baling
paling aku
di waktu tidak

sampai kapan pun
aku tetap jadi si dungu
dungu karena cinta

Thursday, February 16, 2012

kali pertama

baju merah,
cermin mata old skool.
sedang berdiri dia itu
di depan pintu ketibaan
menanti dengan wajah resah

senyum pertama--
bersambut
tangan dihulur,
bagasi berganti tangan

melintas jalan bergandingan--
kali pertama selepas beberapa tahun
satu hari itu bermula dengan debar,
berpenghujung dengan senyum

dan lega.
tangan bertepuk berdua
hati berpaut menjadi satu

dan masih sama
biar bergoncang dan bergelora seketika, dua

dua tahun yang manis,  harapnya terus manis. 

merisik khabar

bila malam menjenguk
dengan lagu instrumental yang terpasang
kemudian segala cerita semalam mengetuk jendela
lantas dibukakan seluasnya
membiar semalam bertanya khabar
sekitar beberapa purnama sudah

apa sudah ada misi tercapai?
apa sudah ada piala terjulang?
apa sudah lebih baik hari ini dari sebelumnya?

setiap detik yang berlalu, tak akan statik
tak ada yang mahu berhenti
dan selagi masih mampu,
aku akan hanyut bersama perahu layar ini

biar nanti siang datang.

Monday, February 13, 2012

matahari

mengajar erti surprise,
mengajar maksud rindu,
mengajar rasa amarah, cemburu,
mengajar serba-serbi dalam tiga tahun.

terima kasih.

sememangnya kita tiada terjodoh di bintang
sememangnya kita tiada nasib berteman.

jauh lagi jalan ini
makin luas jurang ini
hadapilah semua dengan berani.
seperti kamu berani di hadapan aku menangkis dahulu.

selamat hari lahir, matahari.

kerana terbit kamu di pagi, dan hilang di petang.
maka ucap ini terbit sebelum hari.

Thursday, February 2, 2012

masa

bermain dengan rasa
boleh membawa binasa
maka biar saja
dan terbawa

mulai esok tak ada yang sama
kerana termaktub, masa tak akan berpatah balik
walau senano saat, pun.