Friday, May 31, 2013

aftermath

jauh mata berterbangan
melintas semua padang jingga
awan indigo
laut merah

mencari satu
mencari dua
mencari barang kan ada
ketengangan

selepas semua ribut puting beliung
dan segala yang nyata berantakan.

Friday, May 17, 2013

kitaran

dia datang,
seperti angin menyusup malam.

dengan bertutup litup,
dengan warna kebanggaan hitam mu.

perempuan itu sudah datang
menuntut lelakinya dari perempuan tumpangan
untuk meneruskan persenyawaan yang pernah terbantut

dia datang,
sama seperti tahun-tahun lalu
di kala musim kontang sudah berganti musim basah
yang selepas ini akan datang musim bunga yang cantik

dia datang,
semata mengutip apa yang sudah elok
dan mahu dijadikan milik kekalnya

biar kali ini sampai kiamat
bukan sekadar menunggu satu kitaran lagi.