Monday, March 23, 2009

cinta dari pari-pari

pari-pari cinta
datang dengan tongkat sakti dan persalinan merah jambu
mengucap cinta menyeru nyawa
memberi hidup pada jiwa yang mati.

dikurniakan aku sebuah taman syurga
ditemankan aku dengan seorang kekasih
disuruhnya aku bercinta dengan kasih sayang
dikirimkan aku salam cinta

dan pari-pari cinta pun naik ke kayangan
setelah turun ke bumi membasahkan cinta dalam hati aku.


signifikasi kepada pari-pari cinta ialah seorang perempuan manis.
yang cantik
yang kadang-kadang datang,
dan meniupkan semangat utk hidup.

Saturday, March 21, 2009

soalan

menurut jejakku
mencari permata
akankah temukan
barang satu dua?

menyeberang lautan
merentasi sungai
walau melintasi awan dan angkasa,
akankah temukan jawapan persoalan?

kadang-kadang walau kita cuba sehabis upaya,
kalau belum sampai rezeki,
belum jumpa untungnya.

Monday, March 16, 2009

#14

aku didatangi sang pari-pari,
aku dihulur segelas air cintanya,
aku minum dengan lahap kerana dahaga.

habis segelas air cinta,
aku lihat kabus asap putih.
sedar-sedar aku dipalit lumpur.
rupanya aku sekadar mimpi.


Saturday, March 14, 2009

#13

i feel the pain deep inside
i am almost at the end of the line
i can barely see what is laying in front
i think i want to stop here

i can barely move myself foward
or backward
i think i'll stop here.

nota mati.
kalaulah..
kan?

#12

putuskan nyawa dari badan
jangan sambungkan lagi ke hari nanti
ada insan yang sudah mula benci
dan aku sudah rasa tidak perlu

putuskan nyawa dari badan
nanti saat aku pejamkan mata
jangan biar buka sudah

Friday, March 13, 2009

malam bicara

malam ini biar ia bicara
akan kisah hati yang diam bisu
akan perit jiwa yang tersorok
tolong, biar ia cerita

wahai bulan dengar ini malam bicara
wahai bintang jatuh, jangan jatuh
dengarkanlah bicara sang malam

wahai malam, bicaralah,
kata malam:

langit kosong walau biru
awan hampa walau berarak
matahari muram walau terik
angin sepi walau kencang tiupnya

alam serba kosong

malam, mengapa?
aku sedih, aku kecewa
kalau alam seluas ini kosong,
apa isinya seluas semesta ini?
apa intinya kehidupan ini?
alam kosong?

malam merintih, malam merayu,

tolong langit, payungilah bumi,
tolong awan, berarak melindungi,
tolong senyum wahai matahari,
tolong angin kirimkan damai ke hati.

alam penuh dan terisi

kalau semesta ini bercakar,
masing-masing dengan hal sendiri,
agaknya, bagaimana hidup?
ini perihal perpaduan alam.
perpaduan kita?

tentang aku, (perempuan itu)

andai engkau mahu dengar,
aku mahu bikin hingar.

ini bukan tentang kita,
ini hanya aku semata-mata.

ada seorang perempuan biasa,
yang hidupnya atas cinta, kawan dan keluarga,
bukan seorang perempuan yang serba sempurna,
lebih banyak cela dari mulia.

tapi perempuan itu percaya,
cinta, kawan, keluarga itu segala,
tiap hari disemai kasih dan sayang tak terbela,
bukan mahu dilimpah harta benda,
hanya pinta satu rasa yang bukan cela.

andai engkau mahu dengar,
aku mahu bikin hingar.

ini bukan tentang kita,
ini hanya aku semata-mata.

mungkin kamu fikir, kamu sudah cukup kenal aku,
mungkin kamu rasa, kamu sudah ada ranap aku,
mungkin kamu salah mentafsir aku,
mungkin juga, kamu benar seperkara dua tentang aku.

apa lagi mahu engkau?
aku bisik tentang hati dipisau?

dan satu hari perempuan itu sedar tentang sesuatu,
yang dimahunya itu,
bukan lagi yang perlunya,
yang langit itu maha tinggi dan
dia di bumi sendiri.

apa lagi mahu engkau?
aku ini tinggal ranap,
jangan panggil jiwa aku,
kosong sudah hilang mati.

aku tinggal dengan ranap,
tidak sayang aku tak benci,
rela aku dalam ranap perempuan itu.

13th february 2009, 12 pm,
atas bus dari dragon nak pulang

Tuesday, March 10, 2009

#11

pernah rasa rindu sampai mahu menangis?
aku sedang.
rindu tahap maksima.
rasa mahu berlari memeluk angin,
angun menderu yang tak tergapai,
yang akan mengehembus air mata aku pergi.

pernah belajar bahawa rasa rindu itu perit?
aku sedang.
merasakan sakit yang paling bahagia,
kerana ubat rindu itu adalah ukhwah yang ada ini.
hubungan yang ada ini.
walau dari beratus kilometer yang tak tercapai dengan tangan.
rasa, di dalam hati yang rindu.

pernah rasa rindu yang membuai-buai?
aku sedang.
aku merasakan kasih sayang yang paling hampir dengan hati.
dikirim oleh partikel-partikel yang bergerak dalam udara.
yang membisik ke telinga aku,
ada yang sedang sama-sama rindukan aku.

manis.
tapi perit.
ya, itu rindu.
yang aku sedang rasa.

Thursday, March 5, 2009

#10

bukan lagi sebarang bicara kosong,
angan bakal jadi nyata.
jarak dua puluh satu hari itu terlampau jauh.
mungkin dalam sehari dua lagi didekatkan.

aku sudah jumpa malam yang ada bintang dan bulan,
bukan lagi langit kosong seperti selalu.
aku sudah ada matahari,
dan bukan siang yang mendung.

aku sudah rasa bayu,
dan bukan kering yang tak berhawa.
aku sudah rasa titis air bila mandi,
bukannya tak basah yang lencun seperti selalu.

aku sudah rasa hangat.
walau ungkapan itu jarang-jarang muncul ke telinga.
aku sudah ada kamu.
dan aku rasa itu cukup.

walaupun jauh,
masih boleh digapai.
walaupun jarang,
tapi masih boleh ketemu.
setidak-tidaknya,kan?


Wednesday, March 4, 2009

#9

awak kata, awak sayang saya.
tapi awak rasa, awak memang sayang betul ke?
soalnya, kita sentiasa mengelak bicara tentang sayang.
sudah lama rasanya sejak itu.
sayang lagikah?
rindu lagikah?
kuat lagikah macam dulu awak pegang saya?
dalam macam dulukah awak pandang mata saya?

tak, tak, tak.
saya bukan tak percaya,
saya percaya awak kata macam itu.
cuma, saya rasa jauh.
jauh sangat.
awak rasa jauh tak?
ke cuma saya yang terasa jauh?
seorang?
awak tak?
awak pon?
baiklah.

awak nak datang kat saya tak?
nak?
bila?
bukan sekarang?
baiklah.

awak, saya sayang awak.
awak tau?
baguslah.
tapi saya tak banyak buat yang istimewa, tak apa?
tak apa?
baiklah.

nanti,
bila sudah sah.
saya awak miliki sepenuhnya.
bila-bila awak nak,
saya ada.
jatuh dan bangun.
saya janji,
masa itupun,
kalau awak minta saya berhenti bernyawa,
saya tunaikan.
dengan izin-Nya.

rasa macam entah apa-apa.
tapi,
ikhlas ni.
kalau macam geli-geli,
jangan baca,tau!

Tuesday, March 3, 2009

tiada kena mengena dengan nombor.

orang sana.
yang jauh.
akan disatukan.
benarkah?
khabarkan.
powerpoint pun boleh.

Monday, March 2, 2009

#8

ke hadapan cinta hati yang jauh,

apa khabar dirimu?
lengkapkah harimu tanpa aku?
bahagiakan harimu tanpa aku?
lenakah tidur malammu tanpa aku dodoi?

duhai kekasih,
aku rindu sekali.
rindu pada dakapan hangat.
rindu pada bicara penyejuk jiwa.
rindu pada kalimah cinta yang cuma aku dan engkau faham.

wahai cinta hati.
marah-marah api menyala aku,
sampai sahaja sekilas wajah engkau di depan mata,
padam semarak-marak api.
engkau tahukan?
aku kalah dengan cinta ini.
marah setinggi gunung,
runtuh di saat engkau datang dengan senyum.
maka, senyumlah sedikit.
buat penguat aku esok-esok.

salam sayang.
aku rindu pada cinta.

penting.
cuma bagi gadis merah, aku.

#7

lebatlah sang hujan.
basahkan bumi kontang.
basahkan tubuh panas.
sejukkan hati paling dalam ini.
sejukkan. beri kedamaian paling indah selepas engkau pergi nanti.

#6

matahari menyinar terang menyuluh muka,
membikin aku untuk segera bangkit.
dari lena yang panjang.
hari ini matahari datang.
agaknya ada khabar girang.

#5

aku lihat percik-percik bunga api.
yang tinggi di langit,
yang indah.
kerana warna-warninya.

kalau aku jadi bunga api.
yang meletup berlepas ke langit.
berderai menjadi percikan yang indah,
yang bisa buat orang senyum girang.
aku rela.
mati korban diri.

ada siapa-siapa perlu bunga api?

tadi aku lihat acara kembang api.
nama lainnya, pertunjukkan bunga api yang kecil.
sudah lama aku simpan angan.
mahu menyaksikan bunga api.
impian aku selalu jadi nyata.
tapi aku manusia hina.
aku tak layak banyak bahagia.

Sunday, March 1, 2009

#4

bila bangun,
dengan nyawa yang masih melekat.
kadang-kadang aku mengeluh kasar.
bertanya, mengapa nyawa masih belum diambil.
sedang sebelum pejam mata tadi,
aku sudah putus harap dengan dunia.

tapi,
setiap jadinya makhluk Tuhan ini.
ada tanggungjawab sendiri.
harus, dipikul.
jadi, mungkin tanggungjawab aku belum lepas.
maka, nyawa belum masa ditarik.
dari sudut lain.
harus bersyukur.

kadang-kadang.
benci begini.
sebelum tidur sudah sembap.
rasa dari dalam yang paling hancur.
walau di luar senyum.
palsu yang tak ada orang tahu.

#3

dan bila aku buka mata,
yang aku cium itu adalah bau hujan.
harum bau tar yang panas disejukkan hujan.
yang akan buat aku rindu.
tenang dan damai hujan setiap kali tubuhku dibasahi hujan.

hujan itu ada erti pada setiap orang.
dengan cara sendiri.

#2

kalau bersuara sendiri tentang hati,
adakah yang mahu mendengar?
kalau bicara yang jujur tulus,
adakah yang mahu percaya?

saat hati makin hari makin ranap,
saat jiwa makin hari makin terhakis,
saat diri makin hari makin longlai.

ke manakah tubuh penyandar?
ke manakah pergi pasak bumi?

jawablah aku kalau kau ada jawapan.
kalau hari-hari pun kau tiada.
jangan berani-berani cuba fahamkan aku.
kau akan terus tak memahami.
dan aku benci bila aku terus disakiti.
penting diri.

#1

darahgadismerah.
tak perlu mencari siapa.
cukup sekadar mendengar.
berkongsi juga bisa.
saya si gadis merah.