Wednesday, April 22, 2009

perit

kekuatan aku sedang dimamah perlahan dari dalam
berbohong aku dengan ekspresi senyum, ketawa
perit menelan
dan menyedar bahawa sebenarnya
paling-paling rapuh ini harus sendiri

kenapa tak dari awal dihancurkan aku sebelum dilahirkan?

sangat perit.
macam sudah habis mengharap.

Monday, April 20, 2009

menerawang

menapak dan melangkah
pentingnya kalau mahu dan tidak
relakan atau memaksa.
bezanya pada apa yang dimahu

berterbangan itu mimpi
sama sekali tidak bisa dirasakan
manusia biasa-biasa
yang hanya manusia bumi
bukan kayangan

relakan dan redhakan itu beda
pada manusia dengan manusia
mana ada mimpi indah yang benar jadi realiti

Sunday, April 5, 2009

dari atas dan dari bawah

memanggil dari tingkat tertinggi
aku di bawah sini
mendongak ke paling langit dengan mata yang rabun tak ternampak

yang aku lihatkan dari bawah ini adalah langit yang serba indah
tinggi di atas sana yang serba sempurna
yang kalian dari atas lihatkan cacat cela aku yang kerdil di bawah sini

berdiri di birai-birai tingkat teratas
yang aku lihatkan dari bawah sini
adalah yang serba sempurna yang engkau miliki
yang aku serba kurang ini hanya bisa memimpi

di waktu paling tertekan,
menulis adalah salah satu penawar

Saturday, April 4, 2009

sesak

menjenguk dari bintang paling terang
dari langit paling atas
melihatkan aku yang duduk diam
menangis dalam diam
berteleku atas batu

dalam hati yang aku rasakan tak berisi sekarang
memanggil engkau wahai sesiapa menarik aku duduk di realiti

aku sedang dalam kejatuhan
dari puncak teratas
dan yang pahitnya
aku sendiri
dengan mahu aku untuk sendiri
lebih pahitnya sekarang aku memanggil
dan tak ada yang mahu menyahut
sadis

akan dudukkah aku di kerusi malas
untuk bersenang-senang?
siapa tahu mungkin.

Thursday, April 2, 2009

membumi sendiri

merangkap satu demi satu kata
memutus segala tali-tali yang mengikat
menjauh dari yang sempat terdekat
akankah ada satu kata yang nyata?

menderu angin menyapa
melangit sang burung terbang melayang
membumi aku sujud
mencari erti dan kuatnya kita.

sedang dalam tempoh memulihkan semangat dan mengumpul tenaga.