Saturday, February 27, 2010

dia bukan lagi

dia bukan lagi gadis cengeng
yang seringkali memarahkan setiap tersadung kaki
dia bukan lagi gadis amarah
yang sentiasa memuntahkan lahar di setiap kemarahan
dia bukan lagi gadis manja
yang meliuklentok bahasa tubuh
dia bukan gadis yang dikenal dulu,
pada dasarnya

luarnya

fizikal yang terlihatkan

diam-diam
tembok keras mula meninggi dalam diri
senyap-senyap
keras hati sudah mula menjadi konkrit

tak ada lagi hangat yang diidamkan
tak ada lagi damai yang dimahukan

turning point.
orang kata.

Thursday, February 25, 2010

tipikaliti.

tipikal

hitam
merah
putih

nikotin
asap
sekotak
berbatang-batang

awan
matahari
angin
siang

fakta

segala yang tipikal
adalah aku

Wednesday, February 24, 2010

sempat

kita bersenda
kita mengimbau
kita laksanakan apa terjangkau

kita panjatkan tali-tali bergantungan
kemudian kita melayang dengan gelak ketawa

logik mantik tak akan mengizinkan apa
kedua kita sedar
dan tak perlu tanyakan kenapa
kerana kita akan disempatkan
untuk sebarang yang tersempatkan

lebih percayakan yang ada
dari mengharapkan yang belum tentu ada.
:)

Tuesday, February 23, 2010

menggulung

perlahan mereda
semalam yang gila
simpankan kuku dan taring
untuk menyinga nanti

Monday, February 22, 2010

merah,

merah,
selamat menua.
selamat beruban putih.
selamat berkulit hitam.

merah,
cinta aku tak akan mati.
tapi ku simpan.
di dalam sebuah peti
diperbuat dari papan.

merah,
selamat meninggalkan kehijauan.
merahkanlah semesta fana.
dan kembali ke Tuhan mu,
sebelum kau menghitam dicalit noda.

22/02/10
kegilaan baru, akan bermula.

Sunday, February 21, 2010

misery

entahkan bila aku akan berhenti
mengejar bayang kosong

entahkan bila aku akan terima sepenuh hati
hujan tetap turun di tengah panas
matahari akan menghilang sebaik malam datang
air dari sungai akan ke laut berkumpul beramai

yang sebenarnya cinta kamu untuk aku sudah mati

entahkan bila.

Saturday, February 20, 2010

sampai nanti

kita berbaring di atas pasir pantai
berdepan langit biru
kita semua dengan lima pasang mata
bercahaya
berjanji
akan ke pantai itu setahun dari detik itu

sampai ketemu sekali lagi
empat batang tubuh
yang paling menghangatkan
hati yang sedingin salju

satu masa
sampai nanti
tertakdir
pertemuan di pantai yang sama
setahun lagi



statik

kerak yang tersisa
melembut disimbah hujan panas
mengeras disinar matahari dingin

pokok di tepi tingkap
sudah berdaun merah
laut di depan mata
sudah berair hijau

segala semuanya sudah berubah

cuma aku yang masih kaku
statik

Friday, February 19, 2010

mahu

aku mahu bangun pagi
dengan sebatang tubuh yang paling aku kasih
di sebelah

dan di suatu pagi aku bangun
aku mahu
tiada lagi nafsu untuk aku rangkul dia
dan aku boleh terus bangun dari ranjang
bersiap meneruskan hari
tanpa perlu ciuman di pipi
tanpa perlu hangat di dahi

aku mahu


yang mana ketika itu
aku sudah lepas ke laut dan berenang bebas

Thursday, February 18, 2010

kunci

pusaran dek deruan yang sangat
dahsyat
berombak, mengganas
belum pun terhapus mendampar ke pantai
gelombang demi gelombang

bunyian hilang
jeritan kering
senak ruang udara
sesak segenap dada

semoga di hujung taufan ini
ada tenang yang panjang
yang terus
yang tulus

kerana, di sebalik wajah keras gagah
tersembunyi jiwa paling rapuh
megah yang melutut
persemayaman yang menyembah

kerana
kunci bilik rahsia
sudah aku paksa kau telan

Wednesday, February 17, 2010

puso nasira

ang mga basag na puso,
buhay na flat melayang,
mga kaugalian na hindi na kaugalian,
lahat ng mga nawala sa mga ulap-usok
ang friendly hibla
galit se-dagat
se-out ng panahon ay maaring naghahanap
na sa huli
lamang mahanap ang nasira puso

dalam bahasa ibundaku:

hati yang patah,
nyawa yang pipih melayang,
resam yang bukan lagi adat,
semuanya hilang dalam kabut
mesra yang serabut
amarah selaut
sehabis boleh dicarikan noktah
yang akhirnya
cuma temukan hati patah

dari dulu, aku cuba untuk belajar bahasa jiran serantau yang satu ini.
mungkin, kegilaan seorang teman sudah sampai ditiup angin ke arah aku.
puso nasira ertinya patah hati
alih bahasa dari google translate


les lèvres

akhirnya terlewat kata benci
dari bibir merah jambu
yang paling mengiurkan
pun belum mampu mengusir
setiap zarah yang bersatu berpadu
dengan nyawa

dan di pinggir bibir merah kusam
bukan dicemar nikotin
selain ciuman bersatu dengan rasa pekat
rokok merah putih hitam
lahir segaris senyum

perkuburan

biasanya aku bangun dengan bauan kamu
yang memenuh setiap inci kamar
dengan hangat desah suara

tapi ternyata
hari ini sudah hilang

kasih sudah lama mati
berabad kemenyan sudah hilang bau
jasad rasa sudah sebati dengan tanah
di tempat persemadian

kelak nanti

kelak nanti ketika jasad dah roh berpisah
mungkin baru khabar bertebar
sehingga sampai ke hati
bahawa sampai ke mati
engkau tetap aku letak di hati
di mana sewaktu bernyawa lagi
aku bergerak tari
semata untuk matahari
yang angkuh meninggi

kelak nanti
di ketika aku tidak ada lagi
kirimkan sepotong ayat suci
meneman aku sampai hari akhir
hari kita bertemu di dataran penentu hidup hakiki

kelak nanti
aku tak ada yang disesali
walaupun sejak azali
aku memang bukan
tertulis menjadi rusuk kiri

Tuesday, February 16, 2010

versus

menjenguk hari lepas
kita ketawa, menangis,
berlagu bersama
semua habis manis.

madu sudah habis kau aku teguk.
sekarang kita bisa sepahkan di jalanan.
dan sekadar kata,
"hei, kawan!"
setiap kali bahu berselisih

seperti mana engkau gagah menguat
aku semakin melemah
merendah
menyembah
ke tanah

Saturday, February 13, 2010

se-

sebotol air penuh
sebagasi kecil padat
sepasang kasut putih
sebuah perjalanan pulang
seorang gadis merah

se, adalah sendiri.

Friday, February 12, 2010

fearless

no more goodnight kiss
no more goodnight wishes
no more hugs
no more us

left in emptiness.

alone in the darkness.

trying to be fearless.

Thursday, February 11, 2010

jumpa lagi

baunya, aku suka
dinginnya, aku puja
gelapnya, aku rasa
hadirnya, sekali sekala

setiap basahnya
setiap hangatnya
setiap nikmatnya
aku hirup
aku teguk
semahunya

dan pagi tadi
aku bangun dia sudah pergi
dengan pesanan di cermin solekku

sayang, kita akan jumpa lagi


11/01/10
semalam hujan lebat pertama yang aku rasa di kapar.


Wednesday, February 10, 2010

kapar layar

kapal layar, naikkan sauh
kapal layar, turunkan kain layarmu
kapal layar, serukan angin meniup layarmu
kapal layar, ayuhlah berlayar

kapal layar,
biarpun ribut dan petir
biarpun gelombang mengasak ganas lautnya
biarpun nakhodamu terpatah tangan mengemudi
biarpun tak ada angin mahu menolak
biar apa pun halang tempuh
berlayar jauhlah

jauh dan tak lihat oleh matanya
berlayarlah jauh

sehabis kalau bisa ke hujung yang paling hujung
yang tak ketemu dengan pelabuhan tadi

kapar layarku, berlayarlah sayang
sebelum pelabuhan itu tenggelam
sebelum infantri segerombolan datang
berlayarlah sayangku,
si kapal layar

10/01/10
kapar, klang.

Monday, February 8, 2010

permata

rancangnya kita
tak pernah ada sempurna
laksananya Dia
sehabis penuh
kental mantap

sehabis usai sudah semua daya
tak ditarik tak ditolak
sememangnya dia yang mengajar
"berlapang dadalah,"
"bersangka baiklah dengan Dia,"

di setiap jatuh rempuh tak utuh
Dia kirimkan seorang bakal bidadari rumahtangga
yang mengampuh
menduduk
menegak
meniup barang satu dua kata

nanti terbangnya bidadari ini pulang
dari kejauhan ini
hanya ada sekerat nota ini;

"sejauh manapun, sudah disimpul di dalam hati,
semoga Dia merestu dan memberi mudah,
selama hayat dikandung, biar terus ukhwah ini, ada,"


18tahun, ke depan.
insyaAllah.
08/02/10

bekuan momen

di hujung remang jingga
ketika setiap makhluk sedang berkejar pulang
mengharap setiap habis titik keringat hari
dikeringkan penghawa dingin
di setiap yang berarak beramai
dengan kejaran waktu yang tak mengasihani

sedang kita menikmati momen sejenak yang ada
yang tak akan bergolek datang
menjamah setiap dingin
meratah setiap lembayung merah

hari itu hari akhir
paling akhir kita ketemu
di senyum paling manis lewat bibir dia
di raut paling tenang senja itu

temukan damai seketika
ubat segala sakit derita

campuran segala
08/02/10
kapar, klang

Thursday, February 4, 2010

kecamuk

jerut leher aku
mamah jiwa aku
ambil nyawa aku

bisa
ini sudah biasa
semua masih tertulis milik kamu

sekalipun matahari gemilang
sekalipun bulan mengambang
nyata
luna juga yang aku mahu

teriak lolong dalam hiruk pikuk yang sunyi
adalah laungan memanggil
dalam getar bibir berdarah
hati bernanah
memanggil separuh yang sudah tidak ada lagi

4/02/10
kapar, klang.
ketenteraman sudah tidak datang bergolek

Wednesday, February 3, 2010

paling

paling banyak aku boleh maki
paling kuat aku mampu keji
paling hebat aku pasti puji

paling babi, kau sila pergi mati.

antara banyak paling
aku paling benci jadi begini
diselubung agoni

denial

di tengah pekat malam
dalam kelibat bayang hitam
sewaktu sel-sel otak baru mahu lelap
yang aku tersentuh adalah sekujur tubuh
yang keras pejal
yang dingin beku

masakan, ah mimpi!
segenap ruang di dalam benak
telah aku sumbatkan segala semua
selain dia
selain untuk dia

kerana siangnya
aku sudah melihat

mesranya pautan dia pada bidadari lain
manisnya senyum dia pada bidadari lain

pada aku tidak ada barang sezarah pun
seimagin pun
sesuatu apa pun
tentang aku pada dia

ah, sekadar kosong!

03/02/10
kapar, klang

Tuesday, February 2, 2010

ternyata

ternyata
masih keras batuan
masih membeku seperti air batu

biarpun
kulit tubuh sudah dilapah
buat menghangat hati

ternyata
masih teguh
keras

2/02/10
kapar,klang


Monday, February 1, 2010

please, now

please now, look at the window
please now, laid back and smile
please now, got to move on forward
please now, its enough to be said

never leave all the best memories
take it and carry it with your heart
its never wrong to sometimes turn back
look back at where you had fall

life is like a roller coaster
you have been up and down
scream out loud

life is like a box of chocolate
it taste sweet as it melt

please now, let the sun shines bright
please now, let the stars comes at night
please now, let the ocean says hi
please now, let it be

29/01/10
00:04
kapar, klang