Wednesday, February 3, 2010

denial

di tengah pekat malam
dalam kelibat bayang hitam
sewaktu sel-sel otak baru mahu lelap
yang aku tersentuh adalah sekujur tubuh
yang keras pejal
yang dingin beku

masakan, ah mimpi!
segenap ruang di dalam benak
telah aku sumbatkan segala semua
selain dia
selain untuk dia

kerana siangnya
aku sudah melihat

mesranya pautan dia pada bidadari lain
manisnya senyum dia pada bidadari lain

pada aku tidak ada barang sezarah pun
seimagin pun
sesuatu apa pun
tentang aku pada dia

ah, sekadar kosong!

03/02/10
kapar, klang

No comments: