Thursday, February 18, 2010

kunci

pusaran dek deruan yang sangat
dahsyat
berombak, mengganas
belum pun terhapus mendampar ke pantai
gelombang demi gelombang

bunyian hilang
jeritan kering
senak ruang udara
sesak segenap dada

semoga di hujung taufan ini
ada tenang yang panjang
yang terus
yang tulus

kerana, di sebalik wajah keras gagah
tersembunyi jiwa paling rapuh
megah yang melutut
persemayaman yang menyembah

kerana
kunci bilik rahsia
sudah aku paksa kau telan

No comments: