Saturday, April 4, 2009

sesak

menjenguk dari bintang paling terang
dari langit paling atas
melihatkan aku yang duduk diam
menangis dalam diam
berteleku atas batu

dalam hati yang aku rasakan tak berisi sekarang
memanggil engkau wahai sesiapa menarik aku duduk di realiti

aku sedang dalam kejatuhan
dari puncak teratas
dan yang pahitnya
aku sendiri
dengan mahu aku untuk sendiri
lebih pahitnya sekarang aku memanggil
dan tak ada yang mahu menyahut
sadis

akan dudukkah aku di kerusi malas
untuk bersenang-senang?
siapa tahu mungkin.

No comments: