Wednesday, March 10, 2010

se- (II)

pagi yang tak bernyawa
sekalipun matahari sedang berusaha keras
mencelah dari kepul-kepul awan
kumpulan karbon monoksida berkepuk menyelubung jalan-jalan
deruan ganas jentera-jentera bergerak
semuanya tak seperti semalam, kelmarin

seretan langkah-langkah kaki dipaksakan gagah
mahu yang sudah hampir kosong disuruh penuh

semuanya tak ada erti hari ini
kerana, hari ini aku se-
se-orang yang se-ndiri
dah tidak rasa se-lamat
seperti se-lalu

No comments: