Thursday, December 1, 2011

buang

seperti adanya aku
untuk ruang kosong
yang kadang ada
selalu tiada

dari lubuk yang paling dalam
akan timbul amarah
bergabung menjadi lahar
tersejuk dek muncul hujan

seperti semalam baru berlalu
walhal tahun sudah mula berganti
cuma ingatan tak mahu sepi

dari kenangan yang sudah datang
cuma ada satu yang paling perlu
padam, buang
padam, buang
buang. buang. buang

damansara perdana
08:35

No comments: