sehabis boleh mahu tenang
tapi di sudut gelap akan datang ribut dan taufan
menolak ombak ke tengah darat
meragut pergi sisa yang ada
semalam sudah berhari pergi
tapi panas tubuhmu masih terkesan
liuk lentok paling akhir
di dalam dakapan bersulam esak dan tangis
antara mahukan mimpi menjadi realiti
malam yang akhir itu,
tersempatkah kamu merasa limpahan kasih, duhai anakku?
bahagiakan kamu selama hidup dengan aku?
dan paling tidak mampu aku luputkan,
mata yang bulat itu merenung kosong
memberi aku perca-perca harapan.
detik-detik akhir yang paling akhir
sedecit suara pun tak ku dengarkan.
hembusan akhir nafasmu,
merentap pergi semua harapan yang aku kumpul semalaman
sebelum tubuhmu mengeras
Tuhan Yang Maha Pengasih memberi aku ruang waktu
untuk membelai, mencium jasad kaku
dan mengirim kasih yang paling akhir
pergilah anakanda tersayang, pada Tuhan yang menciptamu
air mata darah merah sekalipun,
takkan menghalang takdir Tuhan.
yang menuntut meletak kamu di tempat terbaik.
mungkin aku bukan bunda yang melahirkan kamu,
dan tak akan mungkin aku melahirkan kamu.
tetapi, kasih ini akan tetap sampai ke sana nanti.

In Memory of my dearest Puteh.
Love will never ends.