Tuesday, July 12, 2011

percuma

biar seluruh masa ini --
dibeli kerja,
akan ada detik percuma yang tersempat,
untuk rasa.

detik-detik percuma akan terkumpul--
menjadi satu lohong yang maha kosong,
kemudian,
jasadnya akan semakin rompong,
lalu satu daya yang terlalu mikron akan--
menghancurleburkan semuanya,
sampai menjadi zarah-zarah debu,

kg.wai, kuala perlis.
12 julai 2011, 0100

No comments: