Tuesday, November 9, 2010

destiny alam

pagi tadi hujan kejut aku
dari birai katil aku menyapa siang
selimut ku lipat dan susun seperti biasa
cadar ku biar tegang ala kadar saja

petang aku ucap selamat pada matahari
sebelum maghrib dia sudah mahu pulang
mengizin bulan sembunyi,
hujan datang lagi
menjatuhkan satu persatu butirannya ke atas payung
yang aku pegang
meneman resah langkah-langkah aku

lewat malam ini, hujan ansur-ansur pulang
disuruh berhenti oleh Tuhannya,
diganti lain seperti caturannya

ahh, alam ini terlalu cantik uniknya
dari siang ke malam
dah berputar tanpa bantah renyah

2 comments:

Sesumpah said...

ahadiat Illahi.

Pisey said...

aku suka ini,
(; terima kasih.