Wednesday, September 1, 2010

selamat datang hari-hari

tidak akan ada aman yang mudah-mudah kau dapatkan dari siang atau malam. tidak akan ada makna-makna kehidupan yang kau definasikan sempurnanya kerana kau cuma mahukan itu. segala sesuatu yang telah cuba aku, kau; nama lainnya kita cuba dapatkan adalah bukan di atas kuasa kita menentukan pemilikannya. kisah, cerita, plot-plot cerita antara kita berbeza-beza. dan indahnya ada kalau mata kita mahu melihatnya barang sedikit. kenikmatan itu adalah atas definasi yang kita letakkan bila mana kita mahukan langit yang tak akan tercapai oleh tangan, maka bercukuplah kalau kita berjaya capaikan cucur atap rumah. kita adalah manusia yang tak akan pernah puas dengan apa yang kita ada di depan mata, kerana kita selalunya buta dalam celik. setiap liku dan payah yang kita lalui adalah ujian yang telah dituliskan sejak sekian lama sebelum kewujudan kita sebagai embrio di dalam uterus ibu. cuma seperti biasa, setiap ketidakdapatan itu akan kita tunjalkan ke muka-muka yang tersempat kita salahkan. salahkan takdir, salahkan waktu, salahkan teman-teman dan lebih dari itu, salahkan Tuhan.

kita akan mula untuk terkutik menadah tangan bersyukur, meminta bila kita kehilangan. kehilangan aman, tenang, cinta, perhatian, wang, apa saja materi yang kita namakan bahagia. itu, sememangnya norma kita.

dan bila ada waktu-waktu tersedar. cukupkanlah dengan apa yang ada tanpa perlu pertikaikan yang mana lebih, yang mana kurang. secukupnya apa yang kita ada. kerana, kadang-kadang, Tuhan cuma mahu memberi sedikit hari ini untuk esok yang lebih. dan lebih hari ini, untuk esok yang akan tercatu. dacing adil, bukan layaknya kita orang-orang biasa yang kononnya kuat; tapi sebenarnya lemah; mengatur.

selamat datang setiap hari.

biar apapun yang jadi, semoga kita terus berani.

berdiri bila jatuh. berlari bila mampu. terbang di kelajuan cahaya dan

berhenti apabila penat.


utara semenanjung

ramadhan

2 comments:

Anonymous said...

biar apapun yang jadi, semoga kita terus berani.

insyaallah
:)

its a norm for manusia.we find things we dont have, and we ignore things infront us, yg kadangkala lebih berharga.

sad, but damn true.

Perempuan dari uranus said...

adorable !