Tuesday, November 29, 2011

apa nak soal?

apalah nak disoal?
bila tangan hanya menadah ke langit,
menakung air hujan.
bagaimana hebatnya mereka bermain dengan salji.

apalah nak disoal?
bila orang menulis tentang rasa,
yang tidak kau fahami,
sedang tulisan, cakaran cuma disorok.

apalah nak disoal?
cepat dan lambatnya pernikahanmu,
bila belum cukup rukun,
banding dengan rezeki orang.

apalah nak disoal?
banyaknya budi diberi pada orang,
dari hati yang separa mahu,
dengan ucap terima kasih atau cuma jelingan.

apalah nak disoal?
pada janji dan takdir yang atas,
dengan perancangan yang pincang.
dek kerana hujan, guruh dan kilat petang tadi.


tentang rasa bersyukur yang jarang singgah,
bila melihat lebih orang, 
dan mengira kurang sendiri.
sedangkan, sudah cukup bernasib baik,
hari ini punya apa yang ada.

yang indah

mungkin nanti-
--tiada puisi dari awak
--tiada petikan gitar akustik
--tiada bujuk rayu di saat rajuk
--tiada kata-kata romantis di malam terang bulan

kerana awalnya nanti-
--tiada sambal tempe sesedap dimasak emak
--tiada ruang tamu secantik ikea
--tiada halaman dengan pokok bunga mekar
--tiada sempurna seorang wanita idaman

waktu sekarang-
--awak ada ragam, saya ada perangai
--saya ada tulisan, awak ada suara
--seorang salah, seorang betulkan

ketika ini-
kita merangka,
kita merancang,
kita berangan,
kita bercerita
tentang esok,
tentang mendatang.

dan cukuplah,
indah begitu.

Friday, November 25, 2011

bualan


ada satu masa kau lelah
esok-esok aku pula yang lemah
tapi tak pernah lagi sampai benci
kerana aku terlalu tidak mahu rasa benci
sama juga dengan engkau

cerita kita lama dulu dah banyak berbuku
sampai nak meluah kongsi pun naik malas
kerana?
kerana membuka buku lama ibarat mencurah asid
sakitnya berhari-hari--
--bagi aku
kurang sedikit untuk engkau
kerana waktu lebih lama mendodoi engkau

apalah nak ditanya tentang masa depan?
di bila hari ini kita senyum
walau kadang rasanya tawar

apalah nak digusar lagi tentang orang?
dulu kata kau.
maka aku layankan saja

cuma kadang-kadang tengah malam,
tengah hari buta,
awal pagi, aku selalu diasak
buku lama terbuka
cerita lama singgah
dan kemudian satu hari kemudian
aku rasa hendak terjun dalam laut
baring atas pasir pantai
tarik engkau duduk sama
kita renung langit
dan diam sampai hati kita berbicara sesama mereka
mulut kita katup

komplikasi normal


setiap pagi dia tunggu
setiap malam dia termanggu
sama seperti selalu
dia cuma mahu yang itu

menjadi pemimpi harus gagah
menjadi tukang angan harus tabah
sebab realiti selalu bikin lemah
selalu banyak melapah
sudah banyak kali parah
sudah acapkali dimarah

kilat bilang jangan beri semua
manakan hujan mahu mendengar
kalau sudah angin yang dikejarnya dalam setiap basah
maka bersabung semuanya dalam hiruk pikuk
dalam hati
kompleks

menang


janjinya mudah
beritahu dan tanya
tapi bahasanya payah
maka selalu bertelingkah

bergaduh dalam diam
rajuk dalam bisu
manalah nak jumpa
apa yang dimahu
kalau terpisahnya jauh pluto dan utarid

ada jiwa yang lelah
ada jiwa yang bernanah
tapi masih nak gagah
masih tak mahu kalah

Monday, October 24, 2011

questions


we walked different path,
we saw different things,
we understand life in different view.
yes, we fight, we argue.
but why do you have such hatred?
why do you have such tendency to differentiate us?

was it my fault?
was i wrong?
was i so wrong that you couldn't talk nicely?

sometimes i just want to lay down on your laps,
get you warm hands to pamper me,
but i guess i am too old for that.
and i guess u thought i need it no more.

so why bother?
why pretend that you care?
why come and reach my heart, just to break it to pieces?

i guess, still, its my fault.

Wednesday, October 5, 2011

selamat jalan

berlepaslah keduanya menebar sayap
di langit malam
meninggalkan habis semua di bumi

berterbangan salji-salji putih
di bawah naungan merpati berdua

jauh dari ekor mata
sekadar memandang
tanpa suara, tanpa pergerakan

lambaian dari balik tabir
dari bumi yang paling jauh
untuk ucapan selamat jalan

selamat jalan malaikat cinta
5 oktober 2011 11.40
damansara perdana

Wednesday, August 3, 2011

malap

berikan gelap malam pada sang bintang
yang akan seupaya daya menyinar malam kita
seperti itumalam terakhir
sebelum kembang kita melayu
sebelum terang warna kita membiru

Tuesday, July 12, 2011

percuma

biar seluruh masa ini --
dibeli kerja,
akan ada detik percuma yang tersempat,
untuk rasa.

detik-detik percuma akan terkumpul--
menjadi satu lohong yang maha kosong,
kemudian,
jasadnya akan semakin rompong,
lalu satu daya yang terlalu mikron akan--
menghancurleburkan semuanya,
sampai menjadi zarah-zarah debu,

kg.wai, kuala perlis.
12 julai 2011, 0100

Wednesday, July 6, 2011

benci ii

pada suatu waktu itu,
andai kamu benar percaya,
andai percaya itu sememangnya memegang hati hati kita
maka kita tak akan hancur dengan prasangka

maka syaitan tak akan membisik suara ketiga
yang memisah
memecah
menjarak jauhkan kita.

seperti sekarang

dan segalanya berisi benci.

Sunday, July 3, 2011

kaku

enak dibungkus malam
lari dari kabus subuh
nikmat yang sekejap
tak bolos dari pelukan dia

dunia yang asing
walau jejak di bumi yang sama
seperti berada di Pluto
berenang tanpa graviti
melayang sampai galaksi

jenuh dijerit panggil pulang
oleh si Ibu yang merindu
jenuh dipamit redup mata
oleh si Ayah yang gusar

terus. terus. terus-terusan
hanyut dan menghilang
dalam imagi
berbaur noda dan dosa hitam
sampai terpalit
baru sujud ke kaki kaku.

Wednesday, June 15, 2011

mata bundar

dari mata yang bundar itu
semuanya ada
dan telah

penipuan
kebenaran
keperitan
senyuman
nikmat

paling selalu
penipuan

demi senyuman
yang bukan di bawah mata bundar

Saturday, June 4, 2011

rahasia

satu di setiapnya
membentuk logika dari kegilaan
kemahuan yang ditahan-tahan
meracik dan mencarik sekeping hati

sekonyong-konyong
rasa dibawa pergi
sampai satu saat akan terlepas dari jari

yang menjadi ketakutan
itu
saat nanti itu jadi

yang dibujuk sekian hari
apa tertulis di azali
akan abadi
biar lama menanti

benci

setiap kali muncul
seperti biasa
pasti akan ada yang sakit
kebencian sudah terlalu kuat menjadi dinding kita

dan
saban hari
aku doakan agar kita tidak bertemu empat mata
supaya kebencian itu membakar sendiri
dan menjadi abu ditiup angin

Friday, March 18, 2011

she writes,

one day, you'll read this
and you will no more feel my pain
and i'm locking it in
and i'll throw the key way
so that i won't only be pain in your ass
by my writing,
by my writing
by my writing

semoga

semoga bangkit aku bagai phoenix
semoga abuku akan terbentuk menjadi burung gagah
semoga semua naga tunduk padaku
semoga segala syaitan neraka sujud di kaki ku

semoga

ambil

ambil belati ini dan hancurkan semua
ambil sekeping hati yang merah itu
dan lumatkan sampai mati jiwa

ambil senyum segaris ini
dan lorekkan biar rupanya jadi berbirat
sampai senyum rupanya tak ada



mimpi

sempena segala kekusutan.
kirimkan surat akhir ini ke langit merah.
katakan raja di bumi sudah putus asa
dan memerlukan petunjuk dari raja langit
dalam mimpi sekejap lagi.

Monday, February 14, 2011

pejam mata lagi

aku harus pejam mata lagi
biar sepuluh siang pergi
sampai sebelas, pagi
buka mata semua pergi

aku harus pejam mata lagi
sampai air mata mati
biar sampai kerak di pipi
untuk mula sekali lagi

aku harus pejam mata lagi
untuk biar tenang di hati
maaf bukan mudah dibeli
hati orang yang aku sakiti

aku harus pejam mata lagi
biar boleh tak terbuka lagi
aku penat mencari diri
sekadar tahu membiar mati

Friday, February 11, 2011

selamat malam

sebelum lelap,
aku selimutkan kamu dengan kehangatan
dan aku bisikkan sebaris ayat

yang semuanya akan-
jadi lebih baik
jadi lebih cantik

asal kamu percaya.

Sunday, February 6, 2011

nanti malam

nanti malam,

tangan mana yang menyambut
dan menyimpan dosa-dosa silam
yang tak terhapus
yang tertindan dek penipuan demi satunya

nanti malam,

lenyapkan
biar saja menjadi igau ngeri
meragut simpati dan belas
biar setiapnya berdarah

nanti malam,

tangan-tangan hitam
memaut tubuh telanjang
mencium bibir mungil




Saturday, January 15, 2011

penakut

bila mata tak mahu lelap
kita biarkan momen-momen hanyut bersamanya

dalam semua yang tak pasti
dalam semua antara mimpi dan realiti

jauhkan segala sendiri