Saturday, July 24, 2010

pertama kali

untuk setiapnya akan ada kali pertama.
yang paling pahit.
yang paling sukar.
yang paling menguji.

yang tertinggal cuma bayang senyum.
cuma sedikit haruman dari wangian yang biasa awak guna.
cuma seapa ada yang sempat saya ambil tadi.

orang kata, selalunya cuma awalan begini.
saya harap, biar sampai ke hujung kita begini.

memohon dilengkapi.
menadah doa biar selalu dilingkungi begini.
tak apa kita tak senang selalu.
tak apa kita berjauh beribu batu.
biar yang mengikat itu kuat.

untuk pertama kalinya,
berjauh.

dan mata akan kejam untuk tidak lena.
hati akan gusar untuk memikir hari esok.
semoga matahari dan bulan tidak memanjangkan hari kita.

Thursday, July 22, 2010

engkau

bila siang mendatang, kita minta dicepatkan ke malam.
dan setiap senggangnya,
adalah masa untuk bulan dan langit malam.
Luna dan Greysky.

setiap terik siangnya akan kita redah.
biar kulit dan isinya terbakar sehingga kemerahan.
mengejar matahari sebelum benamnya
yang kita saksikan di tepi pantai.

tentang hujan yang baru kau kenali indahnya.
tentang awan yang baru kau sedari cantiknya.
tentang malam yang baru kau nampak dinginya.
semuanya yang kita baru-baru kongsikan.
adalah semata untuk membiar aku melihat senyum.
biar segaris di wajah engkau.

Tuesday, July 20, 2010

hujan

kerlipan mata yang memandang satu persatu
pandangan yang jatuh pada sudut demi sudut
bisik-bisik menghasut
adalah semata menambah minyak ke api
yang padam marak menyala kembali
adalah sesuatu yang cuba ditepis keras
supaya setiap marah yang berbara dihapus segera
biar setiap dibasahkan dengan hujan
yang tenang
yang aman.

Sunday, July 18, 2010

setiap II

aku cium bau hujan di luar
aku dengar jatuhan titis-titisnya ke tanah
aku melihat mendung yang dibawa bersama

aku dengarkan suara di telinga
menyanyikan lagu, membunyikan melodi

dan menghantar rasa yang sama
setiap kali pun.
setiap kali pun.

Wednesday, July 14, 2010

dia

macam terpujuk, macam merajuk.
angin dan beliung sama satu pun tak surut.
selepas beberapa waktu, aku cuma harap, masa itu dibekukan.
cuma untuk aku menatap senyum dia.
mendengar ketawa dia.
melayan celoteh dia.
dan walaupun cuma menikmati satu dari dua puluh empat jam sehari,
dengan dia, aku mahu.

Thursday, July 8, 2010

di

di waktu aku paling perlu mengesak,
di mana kamu?
di petang aku paling serabut,
di mana kamu?
di senja paling merah yang hilang serinya,
di mana kamu?
di ketika paling mengasak begini,
di mana kamu?

di mana kamu yang berjanji?

Wednesday, July 7, 2010

pagi lagi

semalam di sebalik bantal merah
yang melindung esak ketakutan
lelap kedua mata
dalam air jiwa yang penuh
mengharap mimpi fantasi menjelang
meneman malam yang panjang sehingga subuh
dan setelah mata terbuka
yang kelihatan jelas dari jendela
dengan buaian angin menebarkan kain putih digantung
adalah satu lagi realiti hari-hari
di dalam bilik kecil sempit
dan berbau lavender

air liur yang masih berbaki di ruang tekak
ditelan dengan rasa pahit bercampur apa saja
hari ini,
walau celaka
tetap harus didepankan.

Tuesday, July 6, 2010

tiga

(i)
bila pilih untuk diam
kadang lagi molek dari segala
sebenarnya mahu memupuk aman
mengurang apa barang gelombang badai

(ii)
selalu pilih untuk lari
bukan atas dasar pengecut akan api
sekadar mahu sembunyi
barang sekejap di perut bumi

(iii)
dalam air
atas awan
celah batu
ada situ

Monday, July 5, 2010

serangkap mati

berasak-asak menerpa seluruh rongganya
menelan mati semua yang bernyawa
meredah hujan ribut
menongkah segala arus
cuma untuk naik sedikit ke permukaan
menyedut sedikit udara
dari kematian yang abadi
sebelum masa yang termaktub

Saturday, June 26, 2010

tujuh

titis air mata
hancur segala yang ada di jiwa
masih berbekas
masih basah di ingatan

dan setiap pertemuan empat mata itu
akan dihabis dengan air mata lagi
dengan rasa salah lagi

pisahkan lah wahai tujuh lautan,
ceraikan lah wahai tujuh langit,
asingkan lah wahai tujuh benua.
aku dari kenangan semalam.


Friday, June 11, 2010

jarum-jarum jam

jarum-jarum jam terus menerus berdetik
memecah sunyi malam
meneman di celah sepi
adakala nuansa romansa
cumalah khayalan semata-mata

jarum-jarum jam akan terus berdetik
meneman malam sepi
mencelah di pagi sunyi

terus
detik
sampai
kiamat

Thursday, May 13, 2010

setiap

aku akan benci menunggu hari kau datang
tapi aku tetap menunggu tanpa pasti
aku sangat benci masa yang melenggang
tapi aku tetap mahu menanti

setiap kali siang dan malam berganti
setiap yang hidup tetap mati
setiap yang datang akan pergi
setiap yang habis akan mula lagi
setiap yang indah bukan milik hakiki

pesanan bunda yang diingatkan oleh awak tadi,
terima kasih. :)
hari kedua akhir.
kapar, klang.

Tuesday, May 11, 2010

tamat

mungkinkah kerasnya luar itu sekadar menyembunyikan lembutnya di dalam. rapuhnya di paling dalam. betapa kalau ada yang berjaya memasuki ruang-ruangan rapuh itu makanya akan termudahlah tugas menghancurleburkan apa yang menjadi rahasia. sementara pemilik segenap isi tubuh itu merahsiakan segala sesuatu, dalam mencari kuatnya tulang-tulang besi di dalam isi badannya, tentu saja penceroboh itu memulakan operasi jahat. menggunting sedikit demi sedikit. dan membuka luas rongga-rongga membiarkan segala bala tenteranya masuk. menumbuk, mencincang, merabak, me-lakukan apa saja. dan dari dalam, tubuh itu melemah. luarnya semakin terjelas retakan. semakin membelah...merekah..rebah..dan diam. bisu. darah mengering, cairan meresap ke tanah. hilang. tak tertinggal suatu apa pun. kerana semuanya habis. seolah dimakan. seolah meruap dan seolah terkondensasi bersama atmosfera.

habis. tam-mat.

saat fokus tidak lagi pada kerja.

Monday, May 10, 2010

dear you,

how did you found out?
that everything here and there,
is actually not random at all.

did u have already found the key to my heart?
have u already catch my heartbeat?
are you listening to my secret whispers?

can i touch you?
can i adore you?
will you let me in?
will you allow me to step in?

Sunday, May 9, 2010

seketika ini

akan dibayar
nanti
akan dibalas
kemudian
akan dihitung
satu waktu nanti

buat masa ini
biarlah
lepaslah
diamlah

Friday, May 7, 2010

adil

setiap kali itu
aku akan berlari terus menghadap matahari
mencari pelangi
menjari awan
mencari apa saja di langit
dan tanpa sedar
aku cuma berlari tanpa tujuan dari awal

tak adil
tapi mana ada adil dan saksama di tangan manusia

Friday, April 23, 2010

lust

lust, it kills.
always. from the inside.
and only one knows.
never will anyone else

if its about pride
have no prejudice.

Wednesday, April 21, 2010

serigala jadian

dari kejauhan itu matanya seakan-akan menangkap pergerakan sesuatu. kelibat itu, gayanya seperti sudah sangat akrab denganya. mata dipisat-pisat. biar lebih jelas. biar mudah nampak.

"siapa?" pantas hati bertanya.

dan perlahan, lembaga itu mendekati. masih, seperti tadi samar-samar. ada bau yang sangat dikenali. sangat disenangi. bau yang selalu menenangkan. itu dia. yang aku sayang. pernah, pembetulan. wajahnya semakin jelas. ahhh.. mengapa telah menjadi sejelik-jeliknya? menakutkan. seperti serigala menyeringai dengan darah merah pekat di celah-celahan giginya. ada taring yang sangat tajam.

dia merenung aku. tajam. dan bersiap menerkam. saat itu, aku tahu.
aku benci dia. dan bauannya. dan senyumnya.
dan segala sesuatu tentang dia.

Tuesday, April 20, 2010

keinginan paling dalam

setiap kali aku duduk di tempat itu
aku akan pejamkan mata
dan merasai kehadiran engkau
yang tak terlihat dengan mata
yang cuma terasa
tanpa deskripsi

malam ini
aku duduk di hadapan kipas lantai
dengan kelajuan maksima
mengharap engkau datang
tapi yang ada
cuma kepalsuan yang mendinginkan

merah aku semakin pudar

Wednesday, April 14, 2010

rindu #2

tak ada lagi busur dan panah
semua berdebur
berterbangan
bagai debu-debu di udara

hujan yang pantas turun menyimbah
angin yang meniup segala kencang

dan sebaik mata terbuka
di kala matahari menyinar
aku rindu kan kamu

Friday, April 9, 2010

terasing

kau adalah destiny tidak kesampaian.
terhenti perjalanan sebelum sampai klimaks.
aku adalah pengembara berkuda hitam.
yang tak akan berlama di harbour ini

kita sudah sekian lama
terasing

Friday, April 2, 2010

mati

kematian kata
kematian jenaka
kematian segala gelak ketawa

bernyawa tetap akan mati
datang tetap akan pergi
dari bisik-bisik
meraung-raung
tak akan termampu
menahan

apa yang bisa kita gelar
mati

2 april 2010
kita kehilangan lagi